Sunday, April 5, 2009

Pembangkang Menggunakan Taktik Kotor Di Hari Mengundi, 7 April 2009

Oleh: Pemikir

Pembangkang akan menggunakan apa cara jua pada hari mengundi termasuk mengganggu pengundi-pengundi dan kenderaan-kenderaan yang membawa pengundi untuk mengundi.
Dilaporkan oleh Markas Pas bahawa 10 ribu ahli PAS akan turun ke Bukit Gantang dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pengundi supaya jangan keluar mengundi pada 7 April 2009. Mereka akan cari jalan termasuk membuat sekatan jalan atau kemalangan-kemalangan kereta untuk menyusahkan pergerakan kenderaan atau trafik.
Arahan daripada Markas PAS meminta jenteranya membuat porak-peranda kepada perjalanan di hari mengundi. Difahamkan, seperti biasa pihak berkuasa akan memantapkan penguatkuasaan keselamatan jalan raya supaya pengundi rasa aman dan selesa untuk mengundi.

No comments:

Post a Comment