Sunday, April 5, 2009

Pembangkang eksploitasi pembebasan tahanan ISA

HISHAMMUDDIN beramah mesra dengan jemaah surau selepas menunaikan solat di Surau Al-Mujahidin Taman Peruda Sungai Petani, semalam.
Tindakan PM ambil kira pandangan umum, faktor kestabilan negara

SUNGAI PETANI: Pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diumum Datuk Seri Najib Razak pada hari pertama sebagai Perdana Menteri tiada kaitan dengan tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sebaliknya, Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Bukit Selambau itu berkata, ia menggambarkan peribadi dan corak kepemimpinan pada era baru, bukan taktik meraih sokongan pengundi. Katanya, Najib tidak mengambil langkah popular semata-mata mahu memancing undi tapi pembebasan itu dibuat selepas pertimbangan dengan mengambil kira pandangan umum dan faktor kestabilan negara.
"Kalau betul kita mahu pancing undi, kerajaan boleh membebaskan tahanan ISA itu pada masa pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu berlangsung lagi tapi kita tidak berbuat sedemikian. "Sebenarnya, inilah corak kepemimpinan baru yang ada pada Najib selaku Perdana Menteri keenam," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan guru di Bandar Laguna Merbok di sini, semalam. Hishammuddin berkata, rakyat boleh menilai sendiri rasional tindakan kerajaan dan berharap mereka tidak terpedaya dengan jarum politik pembangkang yang mengeksploitasi isu berkenaan.

Beliau berkata, rakyat perlu berhati-hati dengan sentimen politik kebencian yang disemai pembangkang setiap kali pilihan raya kerana ia berbahaya kepada kematangan demokrasi. "Sekarang, 13 tahanan ISA dibebas. Ini baru hari pertama. Apa pembangkang nak cakap?" katanya sambil menegaskan keputusan sedemikian memerlukan masa panjang membuat pertimbangan. Hishammuddin berkata, pembebasan tahanan ISA itu juga bertentangan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang bimbang tindakan keras terhadap pembangkang apabila Najib menjadi Perdana Menteri. Menyifatkannya sebagai sekadar kata-kata politik individu terdesak, beliau berkata, kenyataan Anwar jelas berlawanan dengan tindakan Najib melalui pembebasan 13 tahanan ISA itu.
Sumber: Berita Harian, 5 April 2009
*******************************
TULIP:
Pembangkang memang gemar mencetuskan provokasi. Semuanya serba tidak kena. Segala tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional sering dianggap buruk di kaca mata mereka. Mana janji Brother Anwar untuk membebaskan tahanan HINDRAF? Janji, semua orang boleh berjanji, untuk melaksanakannya tidak tentu.
Tulip sedih dengan sikap pembangkang yang mengeksploitasi pembebasan tahanan ISA dengan mendakwa ini tindakan popular Kerajaan untuk meraih sokongan di ketiga-tiga Pilihan Raya Kecil. Bagi pembangkang, hanya mereka sajalah yang bagus dan sempurna. Mereka menganggap mereka maksum, tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. Memfitnah dan mengadu domba adalah pendekatan yang digunakan oleh pembangkang ketika berkempen. Tulip pernah menghadiri ceramah pembangkang, sepanjang ceramahnya, tiada yang positif yang disampaikan, tetapi tohmahan dan cacian terhadap pemimpin Barisan Nasional. Sungguh memalukan. Inikah parti yang memperjuangkan agama.

No comments:

Post a Comment