Tuesday, April 21, 2009

Lim ibarat menepuk air ke dulang - Azhar

PULAU PINANG 21 April — Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) mempertikaikan kewibawaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam membuat keputusan melantik Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) kerana terlalu tunduk kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya tindakan Lim itu seperti ’menepuk air ke dulang, terkena muka sendiri’ kerana Lim pernah membuat tuduhan terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kononnya terlalu tunduk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Lain kali jangan suka mengata pada orang lain, akhirnya kembali kepada diri sendiri,” katanya dalam perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Azhar mempersoalkan kewibawaan Lim sebagai ketua menteri yang mempunyai kuasa untuk melantik TKM1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang mengosongkan jawatan itu pada 8 April lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment