TULIP:
YAB Dato' Seri Najib Tun Razak selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6, di Istana Negara di hadapan Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan. Nampaknya, Brother Anwar hanya mampu telan air liur sahaja kerana hajatnya untuk menjadi PM tidak kesampaian. Pelbagai taktik yang digunakan oleh Brother Anwar melalui Pakatan Campuran dengan menabur pelbagai fitnah terhadap Dato' Seri Najib sehinggakan sanggup menyebarkan khabar angin berbentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa Yang DiPertuan Agong tidak akan memperkenankan Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri Ke-6. Pembangkang mula main kasar kerana tertekan apabila melihat kedudukan mereka terancam.
Khabar angin ini menggambarkan bahawa pembangkang tidak menghormati Institusi Raja sekaligus mahu melemahkan jentera pilihan raya Barisan Nasional yang dilihat pembangkang semakin proaktif dan ke hadapan berbanding dengan mereka. Pembangkang semakin gelabah apabila mengetahui Tun Mahathir akan turun berkempen di Bukit Gantang. Peluang Pakatan Campuran menang di Bukit Gantang tipis kerana kepimpinan baru yang diketuai oleh Dato' Seri Najib Tun Razak bakal menguburkan Pakatan Campuran yang dilihat bagai "hidup segan, mati tak mahu".
No comments:
Post a Comment